BELL FORUM
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

BELL FORUM

Sembang-sembang kosong
 
HomePerlawanan persahabatan EmptyGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Perlawanan persahabatan

Go down 
2 posters
AuthorMessage
chip

chip


Posts : 42
Points : 2557
Join date : 2010-03-22

Perlawanan persahabatan Empty
PostSubject: Perlawanan persahabatan   Perlawanan persahabatan EmptyWed Apr 07 2010, 04:07

inform kan tentang berita2, perlawaan utk frenly ker aper ker... nak cari team ker aper ker.. post la kat sini k
Back to top Go down
BuTTerFlY_07

BuTTerFlY_07


Posts : 41
Points : 49
Join date : 2010-03-25
Location : Kuantan, Pahang Darul Makmur

Perlawanan persahabatan Empty
PostSubject: Re: Perlawanan persahabatan   Perlawanan persahabatan EmptyWed Apr 07 2010, 04:24

CHIP....BERITA PERLAWANAN PERSAHABATAN CPUM VS CPK SEMALAM MANA...

TOLONG LA POST KAT SINI...

AI MALU LA NK POSTKAN... tongue
Back to top Go down
chip

chip


Posts : 42
Points : 2557
Join date : 2010-03-22

Perlawanan persahabatan Empty
PostSubject: Re: Perlawanan persahabatan   Perlawanan persahabatan EmptyWed Apr 07 2010, 04:58

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak di antara pasukan CPK mln CPUM

Kuala Lumpur- Skuad CPUM berjaya mendapatkan mata penuh setelah menang 2-1 dengan CPK, dalam perlwanan di padang Arkib petang semalam.

Pengurus pasukan En. Ahmad Husni bin Mohd Noor berkata, kemenangan ini sungguh bermakna bagi skuad CPUM, memandangkan CPK adalah satu pasukan yang kuat berdasarkan reputasi terkini yang hanya tewas sekali dalam 3 perlawanan sebelum ini.

"Saya amat berpuas hati dengan pretasi pasukan CPUM, yang berjaya mengekang kemaraan CPK walaupun pada satu ketika saya menjangkakan keputusan perlawanan ini berkesudahan dengan seri", katanya ketika diminta memberikan ulasan.

Tambahnya, pasukan CPK tidak memberi jalan mudah kepada CPUM untuk menang dan memberi tentangan yang hebat sebelum tumpas.

Tanpa beselindung pengurus CPUM menyatakan gol pertama pasukan CPUM, jaringan cantik pemain lincah Wan Aziz merupakan kejayaan moral untuk pemain-pemain CPUM.

Pasukan CPK mendapat peluang untuk menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti akibat terjahan keras Hazrin keatas penyerang CPK,Shamir . Namun peluang sedia ada disia-siakan begitu sahaja apabila sepakan penalti yang diambil oleh Hafez Muhaimi telah dinafikan oleh penjaga gol CPUM yang beraksi cemerlang sepanjang perlawanan semalam.

Minit akhir separuh masa pertama serangan bertali arus CPK membuahkan hasil apabila Nizar dapat mencuri peluang menjaringkan gol hasil dari kesilapan pertahanan CPUM.

Separuh masa kedua dimulakan dengan serangan agresif dari pasukan CPK yang tanpa jemu utk membolosi gawang CPUM. Serangan demi serangan dapat dipatahkan dan dihalang oleh pertahan CPUM dan juga aksi yang begitu cemerlang oleh penjaga gol CPUM.

Ketua pasukan CPUM, Azmir menyatakan perubahan sistem pertahanan pasukan CPUM pada masa separuh kedua membuahkan hasil. "Kami bertahan dan menunggu peluang yang baik untuk membalas serangan". ujar beliau lagi.

Gol kemenangan CPUM di jaringkan oleh Rasyid pada lewat separuh masa kedua dengan sepakan padu beliau. Bermula dari counter attack yang cantik oleh pemain tengah CPUM dan kelincahan Wan Aziz yang mengucar kacirkan pertahanan CPK memberi peluang kepada Rasyid membuat jaringan.

CPK mendapat peluang menyamakan kedudukan pada minit ke-80 tetapi jaringan Ali tidak disahkan pengadil kerana berada dikedudukan outside. Keputusan perlawanan tidak berubah hingga ke wisel penamat ditiupkan.
Back to top Go down
Sponsored content





Perlawanan persahabatan Empty
PostSubject: Re: Perlawanan persahabatan   Perlawanan persahabatan Empty

Back to top Go down
 
Perlawanan persahabatan
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
BELL FORUM  :: Sports, Recreation & Hobby :: Bola Sepak-
Jump to: